Header Ads

AZMIN- PROJEK JAMBATAN BENGKOK HANYA CADANGAN MB SAHAJA

Gambar Hiasan
Cadangan untuk menghidupkan semula projek jambatan bengkok menghubungkan Malaysia-Singapura di Selat Johor akan ditentukan kerajaan berdasarkan kekuatan fiskal negara.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata cadangan itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, namun belum dibawa ke peringkat kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Osman bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan kerajaan Johor mahu menghidupkan semula projek pembinaan jambatan bengkok.
Jambatan bengkok atau Jambatan Indah yang diilhamkan Dr Mahathir adalah projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak 1923.
Idea pembinaan jambatan bengkok tercetus kerana Singapura tidak mahu mengubah Tambak Johor yang menjadi struktur penghubung di sempadan negaranya.
Seni bina jambatan bengkok itu lebih tinggi bagi membolehkan kapal kecil melepasi Selat Johor namun Singapura enggan berkompromi dengan konsep itu.
Projek itu dibatalkan 2006 pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

No comments:

Powered by Blogger.