CARI PEMBUNUH ADIB SAMPAI KE LUBANG CACING , KATA MANTAN IGP
Gambar Hiasan |
“Gembleng seluruh tenaga perisikan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia kesan pembunuh Muhammad Adib sehingga ke lubang cacing!”.
Itu cadangan bekas IGP, TS Rahim Noor, kepada IGP, TS Mohamad Fuzi Harun untuk memburu suspek utama bertanggungjawab menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib.
“Suspek kes ini, tidak kira apa bangsa sekalipun, haruslah diburu habis-habiskan sehingga dia dapat diberkas, dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman mati.
“Untuk memastikan dia dapat ditahan, PDRM seharusnya menggerakkan segala maklumat perisikan yang ada bagi mengesannya,”
“Justeru, dengan berbekalkan segala maklumat dari saksi dan orang ramai serta laporan perisikan yang ada, pihak polis harus segera bertindak kerana perkara ini sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat negara ini.
“Apabila pihak bertanggungjawab itu sudah dihadapkan ke muka pengadilan saya yakin perkara yang menjadi ketegangan di kalangan sebahagian rakyat Malaysia dapat diredakan,” katanya.
No comments: